SRI MAJU HARTANAH
23, JALAN SP 2/10, TAMAN SUBANG PERDANA,
40150 SHAH ALAM. TEL: 012-6226861 / 03-78467951
Hubungi Che Sham.
Puan Lina
Nilai Hartanah Semakin Hari Semakin Meningkat, Miliki Rumah Idaman Anda Sekarang
-Tanpa Deposit
-100% Pinjaman
-Pengeluaran KWSP
-Lokasi Yang Boleh Dipilih
-Urusan Guaman Percuma
-Rumah RM100K , Bulanan serendah RM480
Hubungi Perunding Hartanah Anda :
Che Sham ( 012-6226861 )
Sri Maju Hartanah MANAGEMENT SERVICES*Kami juga membantu pelangan mengatasi masalah blacklist CTOS dalam mendapatkan pinjaman perumahan
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Proses Pinjaman
Permohonan Individu Yang Bekerja1) Salinan Kad Pengenalan
2) Surat Pengesahan Majikan
3) Slip Gaji ( 3 Bulan )
4) Penyata KWSP Terkini
5) Buku Simpanan Bank / Penyata Bank
6) Borang EA
Permohonan Individu Yang Berniaga1) Salinan Kad Pengenalan
2) Pendaftaran Perniagaan ( SSM )
3) Buku Akaun Semasa / Penyata Bank
4) Buku Akaun Simpanan
5) Borang J
Permohonan Individu Yang Bekerja Di Singapura1) Salinan Kad Pengenalan
2) Surat Pengesahan Majikan
3) Slip Gaji ( 3 Bulan )
4) Permit Kerja Di Singapura
5) Buku Simpanan Bank / Penyata Bank
6) Borang IR8A
Hubungi Perunding Hartanah Anda :
Che Ikin ( 012-6226861 )
Sri Maju Hartanah MANAGEMENT SERVICES
Miliki Rumah Sekarang!! Apa Akan Jadi 4-5 Tahun Akan Datang...Adakah Anda Akan Menjadi Penyewa Buat Selama-lamanya?
RM200,000 Untuk Sebuah Rumah Flet Kos Rendah Dalam Tempoh 4 Tahun Lagi
KUALA
LUMPUR: RM200,000! Itulah unjuran harga jualan semula sebuah rumah flet
kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka, dalam tempoh
sekurang-kurangnya empat tahun lagi.
Anggaran
kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000
sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan
nilai hartanah semasa.
Berdasarkan laporan,
unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam
tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman
yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4
peratus berbanding 2009.
Jualan flet baru di
pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga
kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih
RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.
Namun,
rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan mewujudkan sistem kawalan,
pemberian subsidi serta pelbagai bantuan bagi membolehkan mereka yang
kurang berkemampuan mendapatkan rumah sendiri, khususnya flet dan
kediaman kos rendah pada harga amat istimewa.
Bagaimana pula
dengan kelompok rakyat di luar kategori itu, iaitu mereka yang
memperoleh pendapatan lebih sedikit daripada RM3,000.
Jika benar
sebuah flet berharga RM200,000, ia pasti membimbangkan banyak pihak
terutama pembeli baru yang majoritinya berusia bawah 30 tahun dan masih
belum stabil kedudukan ekonomi mereka, termasuk kemampuan memiliki rumah
sendiri, sama ada membeli unit baru atau terpakai.
Apa yang
pasti berdasarkan rekod sebelum ini, harga rumah tetap meningkat setiap
tahun berdasarkan statistik dalam indeks purata bagi rumah berharga
bawah RM50,000 hingga lebih RM1 juta membabitkan flet kos rendah hingga
ke kediaman mewah.
Mengikut indeks berkenaan, kenaikan paling
tinggi direkodkan tahun lalu iaitu sebanyak enam peratus (RM11,082)
berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Presiden Persatuan Pemaju
Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Fateh Iskandar Mohamed
Mansor, berkata kenaikan harga juga membabitkan semua jenis rumah
termasuk rumah kos sederhana (teres) dan kediaman mewah, terutama di
bandar besar.
Ia berkait rapat dengan faktor tanah semasa, kos
pembinaan, permintaan serta lokasi dengan trend pembelian hartanah yang
bertumpu di kawasan bandar. Namun, harga rumah kos rendah masih dikawal
pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dijual antara RM25,000 hingga RM42,000
mengikut lokasi, katanya.
Sepanjang sembilan bulan
pertama tahun lalu, sebanyak 28,850 unit rumah baru pelbagai jenis dan
harga dibina dan 12,339 berjaya dijual di seluruh negara. Jumlah itu
meningkat 42.8 peratus (5,281 unit) berbanding tempoh sama tahun 2009.
Jumlah rumah sama dijual pada 2000, dengan harga purata RM140,112 tetapi
mencecah RM197,022, tahun lalu.
Harga rumah akan terus
melambung jika kediaman itu dilengkapi perkhidmatan kawalan keselamatan
dan kemudahan kolam renang, gimnasium. Walaupun sentiasa meningkat,
rakyat kena yakin untuk buat pelaburan hartanah rumah kerana ia salah
satu pelaburan besar.
Contoh paling mudah, sebuah rumah
flet yang dibeli di Petaling Jaya pada harga RM35,000 ketika 1990-an
lalu, kini sudah meningkat kepada hampir RM200,000, katanya.
Bagaimanapun,
berdasarkan kadar kenaikan tahunan kira-kira tiga peratus, beliau yakin
harga rumah di Malaysia masih pada tahap rendah dan tidak mengalami
sindrom gelembung hartanah ketara seperti di Singapura dan Hong Kong
yang mencatatkan kenaikan antara 50 hingga 100 peratus setahun.
Fateh
Iskandar turut membandingkan harga kenderaan yang berubah mengikut
purata masa dan susut nilai yang dianggap perkara biasa, tetapi jika
harga rumah semakin merudum, ia membuktikan ekonomi negara tidak stabil.
Mengikut statistik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara
(NAPIC), jumlah jualan kediaman baru tahun lalu meningkat sebanyak 42.8
peratus (5,281) berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah 12,339 bagi
semua jenis rumah.
Faktor peningkatan
populasi akibat penghijrahan penduduk ke kawasan bandar juga menyebabkan
permintaan terhadap kediaman baru semakin meningkat berbanding 20 tahun
lalu dengan anggaran pertambahan populasi di kawasan bandar kini
mencecah 60 peratus.